26 September 2010

My Girl Dah Tumbuh GIGI...

I'm so excited... Esya dah tumbuh gigi... Sebelum raya tu air liur dia asyik meleleh je..My officemate kata dia nak tumbuh gigi la tu... Bila time raya tu dok rasa2 xde lagi gigi dia keluar... Last week nampak ada benda putih kat gusi dia..Yeyeeehhhhhhh gigi esya nak kuar dah... Sebatang je yg keluar... Bila esya senyum tersengih..she look so cute...Nampak gigi dia sebatang tu...
Yesterday..daddy esya belek2 gusi esya..iyela..dia tak kasi orang usik gusi/gigi dia..marah betul dia kalau mummy/daddy usik gigi dia.... Bila daddy dia belek2 sambil main2 dengan dia...baru perasan.. Gigi atas dia kuar lagi sebatang and gigi bawah dia kuar 2 batang terus... Wahhhhhhh..... ESYA TUMBUH 4 BATANG GIGI SEKALI GUS... Mummy esya ni plak yg excited esya tumbuh gigi..... Nasib baik esya tak demam nak tumbuh gigi..risau jugak kalau dia demam... Cuma sebabkan nak tumbuh gigi nie... Esya jadi manja sangat2.... Kalau mummy tengok tv sambil dia main2...tak lama lepas tu..dia datang kat mummy dia and baring atas peha mummy dia...Alahaiiii manjanya anak mummy nie... Sayang anak mummy yg cute sangat nie...

To my beloved daughter... Jangan gigit2 mummy nanti tau.... Nanti mummy belikan esya toothbrush ye sayang.... Kita belajar brush your teeth...

p/s ; Nanti akan cuba tangkap gambar gigi dia yg baru kuar tu.. Banyak kali dah try, tapi xberjaya nak tangkap gambar gigi dia....

20 September 2010

AIDILFITRI 2010

Salam Aidilfitri...
(Lewat postkan tapi biarlah coz ianya untuk kenangan mummy)

Aidilfitri tahun ni merupakan Aldilfitri yang pertama buat mummy & daddy menyambutnya bersama my lil' princess ni.. Sesungguhnya Ailfiltri kali nie lebih bermakna buat mummy & daddy kerana bersama-sama menyediakan kelengkapan raya bersama-sama untuk Esya.. Segalanya disediakan untuk Esya, mummy & daddy sederhana saje keperluannya.. Betulla kata orang, bila ada anak nie, semuanya untuk anak...Seronok rasanya menyambut Hari raya bersama-sama anak kecilku ini yang semakin bijak.. Macam2 sungguh ragamnya sewaktu menyambut raya..
Bagi Aldilfitri 2010, kami beraya di KL dulu..bersama-sama my family 1st..Thank you B... So tahun ni dapatla mummy makan macam2 masakan kegemaran mummy.. Mummy dapat makan rendang cili api, rendang tok, ketupat nasi, ketupat palas, rendang ayam oyang dan macam2 lagi la.. Beshnye.... End up mummy naik 3 kilo terus..hihihihi....
Pagi raya baru ktorang bertolak ke rumah nenek di Jeram sebabkan malam raya daddy pergi takbir raya ke setiap rumah dan habis pukul 12 lebih.... So pagi2 kitaorg g rumah nenek & sembahyang raya kat sana. Selepas sembahyang raya, semua berkumpul & bersalam2 sambil budak2 ni meng'pow' duit raya..hihihi..Esya pun tak ketinggalan la....banyak duit raya esya dapat coz Esya the only one budak kecik dalam family nenek... Kemudian kami semua gerak ke Port Dickson untuk holiday bersama-sama... dengan oyang & pakcik makcik Esya semua.. Kitaorang holiday selama 3 hari 2 malam di Port Dickson.. Daddy seronokla dapat g memancing dengan yang lain2... Esya pulak dok berendam dalam swiming pool.. Esya kalau dapat swimming pool mmg tak nak naik la lepas tu.... Raya ke3 barulah kami sekeluarga gerak balik ke kampung, Batu gajah Perak untuk beraya di kampung daddy pulak... Kemudian kami naik Cameron untuk 2nd Holiday... Raya kali ni memang banyak berjalan2.. Merata pergi... Penat tapi seronok coz kitaorang boleh g holiday memandangkan sekarang ni susah sikit nak g holiday coz daddy bz... Alhamdulillah raya ni boleh spend time bersama-sama... Aldilfitri yang menyeronokkan.......


Salam Aidilfitri dari Esya, Mummy & Daddy

My Family (tak sangka pulak semua biru..)

My lovely sista..
Keluarga Hajah Esah Bt Ali (ada yang tak masuk gambar coz datang lewat..nasibla..hihihihi)


Cucu-cucu & cicit Hajah Esah




10 September 2010

SALAM AIDILFITRI


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diriku dan keluarga.. Kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dari tingkah laku, tutur kata, bual bicara dan sebarang perlakuan yang tanpa sedar telah menguris hati semua..Ampun maaf dipinta... Sesungguhnya keburukan itu datang dari diri kami sendiri dan kebaikan itu datangnya dari Allah s.w.t.

Terima kasih kepada yg sudi menjengguk ke blog yang tidak seberapa nie... Blog khas untuk berkongsi suka duka kami berdua suami isteri dalam membesarkan puteri comel kesayangan kami, Hani Eleesya Dania.. Blog ini adalah utk kami menyimpan kenangan dan cerita dalam bentuk alam maya supaya apabila Esyamakin membesar dan sudah boleh memahami, insyallah kami akan tunjukkan blog khas tentang cerita dia...tentang kelakuan dan teletah dia yang sentiasa menghiburkan kami suami isteri... Terima kasih semua..

Ada ketikanya,
MATA silap MEMANDANG....
TELINGA silap MENDENGAR...
LIDAH terlanjur BERKATA...
FIKIRAN khilaf Mentafsir..
&
HATI silap Menduga..
MOHON MAAF ATAS SEGALANYA...
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

~~ Ikhlas dari Amy, Shahril & Eleesya ~~

05 September 2010

Esya nak Raya....

DAM DAM DUM RAYA.....
Harini dah 27 Ramadhan.. Cepat sungguh masa berlalu.. Diam tak diam..dah nak raya..
Persiapan raya tahun nie banyak lebih kepada persedian esya...Mummy & daddy tak shopping sangat..sekadar ala kadar je... Klu g shopping pun dok tengok baju2 esya je.. Baju budak2 perempuan ni memang cantik2... rasa nak beli je semua..Aduhaiii leh stress aku tengok baju2 esya nie.... Sabarkan je la diri....
Semua persediaan untuk esya dah siap... Checklist untuk Esya..(semua dah siap sedia)
  1. Baju kurung
  2. Kasut
  3. Baju dress/gown
  4. Jeans
  5. Hugging Tee
  6. Hangbag (isi duit raya)
Tak sabar rasanya nak beraya dengan buah hatiku ini.. tahun pertama kami suami isteri beraya sebagai mummy & daddy... Bagaimanala agaknya kerenah anakku di pagi raya...??? Dahla esya sekarang semakin bijak..semakin banyak ragam2 dia yg menghiburkan hati.. Excited sungguh nak menyaksikan ragam esya di pagi raya bersama oyang, nenek & atuk dia, mak ngah & maksu dia..and ramai lagi la..coz tahun ni esya beraya dengan family mummy dia dulu..... Then 1 whole family akan g holiday di Port Dickson & Cameron Highland.. Kemudian barulah kami akan balik beraya di Batu Gajah, Perak....