23 November 2010

MY LIL' PRINCESS IS ONE....

Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you.....
Happy Birthday to HANI ELEESYA DANIA....
Happy Birthday to you sayang........

My lil' baby finally turn ONE...

Terasa bagaikan baru semalam mummy melihat wajah esya kali pertama bila ditunjukkan oleh nurse... Terasa bagaikan baru je mummy mendakap esya buat kali pertama.. Anak mummy yang menangis malam2 bila dalam pantang.. Mummy ingat lagi..time baru lahir, anak mummy ni tembam sgt2..montel..sampai semua nurse kat wad geram dgn anak mummy punye pipi... Anak mummy jugak pandai melepaskan diri dari dibedung.. Budak tak nak bedung nie..... Tersenyum mummy meningatkan kenangan esya sewaktu baby... tapi hari ni anak mummy dah membesar... Teringat2 mummy kenangan mengandungkan esya.. walaupun penuh kepayahan tapi ianya pengalam yang sangat bermakna buat diri mummy.. Bagai terasa di perut esya menendang2 kuat perut mummy... Mulanya mummy n daddy ingat dapat baby boy..sekali dapat baby girl yang sangat2 comel.... Esya buat mummy mabuk teruk..sampai masuk hospital 3 kali... Anak mummy mmg buli mummy je...
Esyala permata hati mummy and daddy..esyalah nyawa mummy...setiap nafas mummy hanyalah untuk esya....

Sekarang ni esya dah makin bijak..Lagi2 sekarang dah dapat kaki... Bukan main lagi dia berjalan jelajah satu rumah... Dari depan sampai ke dapur..sampai masuk bilik makan... mummy risau tgk esya jalan.. tapi dia tak kisah pun jatuh terduduk..bangun balik..jalan lagi....

Tau kalau mummy n daddy cakap nak g jalan.. dia pandai nak pakai stokin and kasut sendiri...

Suka sangat bermain kat luar rumah.. especially anak2 jiran sebelah rumah dok panggil2 nama dia.... "hani baby..hani baby..." Terkedek2 la esya nak pergi dekat budak2 besar tu.... Esya suka bila ada budak2 around dia... dia nak berkawan....

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa mummy sedari sudah 1 tahun mummy menjadi mummy kepada esya.. Mummy sungguh bangga dengan diri mummy kerana mummy masih lagi BREASTFEED anak mummy sehingga sekarang..Tak pernah sekali pun mummy bagi esya susu formula.. kerana mummy mahukan yang terbaik untuk anak mummy... Sesungguhnya dengan azam yang kuat dan dorongan dari esya sendiri, mummy berjaya..Thank you Esya...
Esya juga banyak mengajar mummy erti kehidupan... mengajar mummy erti sabar dan tabah dalam membesarkan anak... Esya mengajar mummy agar lebih kuat mengharungi hidup... Supaya mummy kuat dan terus sihat demi untuk esya.. Mummy pasti..mummy akan terus kuat dan bertahan untuk anak mummy.. Everything mummy did, i did it just for you my dear...
To my beloved hubby... terima kasih kerana bersama-sama mummy dalam membesarkan anak kesyangan kita.. Tanpa b disisi, ayg tak mampu untuk meneruskannya....terima kasih atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan.. you the one that i love the most... Semoga kita akan terus bahagia hingga ke hembusan nafas terakhir kita..

Pesan mummy buat anak manja mummy..

Sayangku Hani Eleesya Dania..
Membesarlah menjadi seorang anak yang mendengar kata, taat pada perintah mummy & daddy..
Jadilah anak yang sentiasa menyayangi orang tua...
Membesarlah dengan bijak supaya esya dapat memenuhi impian daddy..

Mummy and daddy love you so much...

10 November 2010

Majlis Pertunangan Mak Ngah Esya....

Alhamdulillah..majlis bertunang my sista (angah) selamat berlangsung dengan meriah & jayanya di rumahku... Mula2 keadaan agak kelam kabut gak..yela..rumah tak habis kemas lagi... mana la ada masa sangat nak kemas umah.. Si kecik manja tu asyik nak di telek je.. Daddy dia plak sibuk study utk final exam...

Untuk majlis pertunangan my sis.. Akula tukang penghias pelamin mini & buatkan hantaran dia.. Semua menggunakan fresh flower.. Itulah 1st percubaan aku dalam mengubah pelamin mini..hasilnye so sweet (gambar akan di upload nanti)... Untuk majlis tu ada coklat fountain... bersama-sama dengan stawberry, anggur, machmellow dan macam2 lagi la untuk di dip dalam coklat fountain tu.. Benda ni la yang paling menarik perhatian... Everyone love coklat & stawberry.... Nanti insyallah utk esya birthday party..Akan buat gak coklat fountain...

Tapi aku memang sibuk dalam menyiapkan persiapan.. Cian esya.. mummy dia asyik tak pedulikan dia je.. Mujurla aunty2 dia ramai yang nak main dengan dia..yelah..sorang je baby dalam family... semua la nak pegang dia..nak main dengan dia.. esya pun dok tunjuk skill dia la yg macam2 dah pandai sekarang nie.. Tapi memang nampak dia penat sangat hari tu.... Penat dok main je..tido pun xnak..kalau tido pun kejap je..xsampai 30 minit..... Cian my baby..takpela esya..kita buat utk mak ngah ek.... Bak kata my hubby... majlis bertunang dah rasa macam kenduri kahwin dah rasanye...Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar..insyallah kenduri kawin akan berlangsung dalam bulan September 2011.. Agak2 esya dah boleh jadi flower girl tak?? hihihihi....

Picture majlis akan di upload nanti.......

03 November 2010

Ohhhh Anakku.....

PANJAT TANGGA

Eleesya..Eleesya..... Sekarang esya dah pandai nak main kat tangga... Dah pandai nak panjat tangga... Klu mummy dia tinggalkan dia kejap kat depan sambil mummy kat dapur..dengar dia senyap je, takde nagis..takde bunyi dia main mainan dia.... Rupa-rupanya dah ada kat tangga.. Nak panjat tangga tu... Alahai eleesya..kalau jatuh nanti sape yg susah... Mummy & daddy jugak.....

Kalau mummy marah dia...dia pandang je muka mummy ni lama-lama.... Dia buat la muka kesian dia...Last2 mummy yang xsampai hati...peluk la dia... pujuk dia balik... Aduhaiii tak sampai hati nak marah dia la.... Kalau tak di marah, risau dia tak nak dengar kata nanti.... Ohhh anakku.....

02 November 2010

HOLIDAY AT COLMAR TROPICALE + BIRTHDAY CELEBRATION


IT'S HOLIDAY TIME....

Lama we all one family tak g holiday just 3 of us... So memandangkan my birthday celebration, my hubby suggest kitaorg g holiday.. I LOVE HOLIDAY.... Memang i request a holiday trip for my birthday present..just to spend time with my beloved hubby and my lil' angel..My mama yang hadiahkan accommodation nie.. Thank you mama.... So i choose Colmar Tropicale, Bukit Tinggi coz tak terlalu crowded and cuacanya sejuk (walaupun xsesejuk mana).. Memandangkan kat sana ada Rabbit Park yg boleh main-main dengan rabbit, so plan nak bg esya main dengan rabbit... Kitaorang stay one night kat sana. Ikutkan memang plan macam2 nak buat kat sana. Tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.. Petang sabtu tu hujan renyai2, membatalkan aktiviti ke Japanese Garden & Botanic Garden.. Malam pulak, during mummy & daddy tengah dinner, esya tertido sampaila pagi.... Tak dapat nak jalan2 area sana malam2..sedih sungguh la... Sunday morning, we wake up early... Pergi breakfast kemudian naik bas ke Organic Farm... Best jugak g sana..coz boleh masuk farm & petik carrot..taste so good... Tapi tak lama sgt coz esya dah merenggek sebab panas.... So next trip is to Rabbit Farm....Yeyehhhh.... Otw tu esya nak terlelap dah coz kena angin sejuk sambil naik bus..tapi kejutkan jugak dia.. Tapi masuk je rabbit farm..terus segar mata, main kejar-kejar rabit...mula2 takut, lama2 rabbit tu jadi magsa dia....esya...esya..........
Lepas habis masa main kat rabbit farm, kitaorang balik Colmar and check out... Time to go home... tapi before that kitaorang jalan2 keliling dulu..snap picture.... Mayb next time esya dah boleh berlari..mummy & daddy bawa esya lagi ye sayang.... Till next holiday.....

<<<>>>>>

Esya yang baru bangun tido..Mamai lagi muka anak mummy nie
Enterance masuk ke Colmar Tropicale... Kota Francis..kami datanggggggggg....

Pemandangan dari balkoni bilik..

'Mummy..kita order dari bilik je la..mamam dalam bilik....".. Esya yang dok sibuk tengok menu....

Esya yang lapar..Sampai begitu sekali dia makan satay..hihihihi...

Kitaorang nak pergi jalan2 ke Botanic Garden & Japanese Garden...

Esya yang dah terlelap kena angin sepoi2 sejuk waktu naik bas... Ishhh budak nie..boleh tido lak dia time orang nak jalan2...

Kitaorang tak jadi g Japanese Garden coz hari dah hujan & esya pun dah terlelap....

Kitaorang spend time kat area hotel je.. tapi time ni pun hujan renyai...

Mummy & daddy dinner.. Esya tido....... Ingatkan kejap je dia nak tido..rupanya sampai pagi...

Mummy & daddy spend time berdua je..memandangkan esya sudah lena diulit mimpi....

Baru lepas breakfast... Posing sementara nak tunggu bas jalan...

Naik bas ke Organic farm... Just 3 of us je dalam bas tu....

Alalalalala anak mummy ni buat muncung lak... Sure dia kata boringnya tengok sayur..hehehehe

Kitaorang kat Organic farm... Nice experience..

Esya rasa carrot yang baru dipetik dari tanag... Taste so sweet & fresh...

On the way to Rabbit farm.... Time ni mata segar lagi.. Lepas tu terus lalok mata...

Daddy bagi rabbit mamam..... 1st time esya tengok rabbit main2 depan dia...

Esyalah orang yang paling seronok sekali g Rabbit Farm
Esya yang pelik tengok arnab tu gigit tangan mummy

Posing at the enterance sebelum balik
My Lovely family