30 July 2010

ESYA DAH MERANGKAK

Yahoooooooo... Esya dah 1 step on her milestone growing.....
Last night esya dah berjaya merangkak dengan sempurna.... Dia merangkak datang kat mummy dia..Walaupun baru 4 langkah merangkak, but IT'S A NEW START right..??? Bila daddy dia balik pun, dia merangkak ke daddy dia... Anak mummy memang bijak.... Mummy memang seronok sungguh tengok esya dah boleh merangkak....
Seronok sungguh mummy dia tengok esya dah boleh merangkak + dia dah boleh berdiri sendiri... Lepas ni esya akan start berjalan..yahooooooo... Letih la mummy & daddy dia nak kejar nanti.... Pada waktu ni la seronok untuk melihat perkembangan baby..dari 1 langkah ke satu langkah.. Dari baring...meniarap...merangkak..berdiri..bertatih dan akhirnya berjalan malah berlari.....

Nampaknya mummy kena beli knee protector ni utk esya... for protection untuk lutut esya... Nanti mummy belikan untuk esya ye sayang........

SELAMAT MERANGKAK MY LOVELY GIRL.....

MUMMY HANGIN....

ESYA BUAT PERANGAI......

Semalam betul2 menguji kesabaran aku... Esya semakin lama semakin mengada.. Tak boleh nak di tinggal langsung..Menjerit2 menangis macam kena pukul... Puas aku lambakkan mainan dia, dia tak nak main gak... Mummy nak masak la esya... Selagi boleh dia menangis.. Sampaikan aku satu keje pun tak boleh nak buat.. Kalau layan esya all the time, mmg keje rumah langsung tak buat.. tak makan....
Malam semalam, sibuk nak masak..Plan nak masak dinner & masak untuk pot luck ofis.. Tinggalkan dia kat depan, bukak channel cartoon, letak semua mainan dia kat depan dia... Tapi.......menangis gak sebaik saja bangun & pergi kat dapur..Aduhaiiiiii.... So, bw dia dapur, letakkan esya dalam walker supaya dia boleh nampak mummy dia..Ingatkan dia tak nagis..rupanye tak boleh lama dok dalam walker tu...Menangis2 tak berhenti2... Last2 akibat tak tahan sangat dengan perangai esya..aku menjerit sekuat hati..Nak lepaskan stress dengan menjerit... Memang sesunguhnya malam semalam aku tension sangat...geram sangat dengan esya.... Esya sekarang ni nak berdiri..so dia nak mummy dia sentiasa duduk dengan dia supaya dia boleh pegang mummy & berdiri.. So bila mummy dia tinggalkan dia, menjerit la menangis2....Aku tau esya manja..tersangat-sangat manja..tapi aku perlu buat keje lain gak..Ada rumah tangga yang perlu diuruskan, ada makan pakai suami yang perlu dijaga... Aduhhh peningnya.....
This morning, mummy & daddy dah siap nak g kerja esya tak bangun lagi.... Bila aku pandang muka dia, sedihnya bila mengenangkan aku marah dia semalam.. Aku kena terima, yang esya memang manja... sememangnya dia anak manja mummy & daddy.. Mummy so sorry esya... Esya please la jangan suka nagis... Mummy love you sayang......

29 July 2010

ESYA MAKIN LASAK

Aduhaiiiii... si kecik nie.. Makin lasak la dia sekarang nie... Tak boleh nak duduk diammm!!!

Esya sekarang ni mmg tak nak duduk dalam carrier dia.. Yelah mayb dia dah besar.. Nak duduk dalam carrier tu dah tak sesuai..so dia duduk la dalam carrier tu..carrier tu suppose utk baring..yela..for infant kan..... Sbb dia xnak baring, dia duduk je la..sambil tu tangan tak boleh diam..semua nak dicapai..nak usik radio..nak usik dashboard....

Tengah2 mummy bawa kereta tu...tiba2 esya nak terjumus ke depan..sbb dia TAK BOLEH DUDUK DIAM...Nasib baik la mummy sempat sambutt........ Kalau tak.... rasanya esya dah tergolek jatuh ke depan... Dengan sebelah tangan pegang esya, sebelah tangan pulak pegang stereng.. Tengah nak amik left trun pulak tu..Nasib la tak jadi apa2 coz mummy bw kete tak laju time tu (mmg time esya ada dalam kereta, tak berani nak bawa laju2..) ..Yang esya boleh sengih je plak tu..org marah dia..dia sengih2 senyum2 je..aduhaiiiiiiiiii GERAMNYE!!! Dah dudukkan dia balik..dia takleh duduk diam gak..Masih nak dok ligat lagi.... Alahaiii budak sorang nie..tak dengar kata....

Lepas ni mmg kena beli car seat..so mummy tengah survey2 yang mana cantik & affordable untuk dibeli.. Antara choice mummy...




26 July 2010

<< My Girl Growing >>

Anak Mummy makin membesar

Anakku semakin bijak sekarang nie.... Sekarang esya dah pandai berdiri sendiri... Esya boleh berdiri sendiri dengan memegang mummy / daddy dia... Amboiiii anak mummy nie... Merangkak pun belum pass lagi, dah sibuk nak berdiri & berjalan.... Mayb sebab other girls kat school dia dah besar2, dah boleh berjalan... si dia pun nak sibuk berjalan gak.... Kalau dalam walker tu tak payah cakap la...laju je dia dah smpai kat dapur kalau di panggil..... Tapi aku nak esya ikut milestone yang sepatutnya... Merangkak dulu then barulah berjalan... Merangkak sebenarnya merangsang minda baby untuk mempelajari benda2 baru.. so kalau esya terlepas dunia merangkak,esya akan terlepas menerokai benda2 baru dalam hidup dia... Harap sgt esya boleh merangkak dulu then berjalan......Apapun mummy proud of you my lil' girl.... You're so clever....

Ni antara aksi2 esya yang berjaya berdiri sendiri...



25 July 2010

Weekend


...........PLAY TIME..........

Last weekend, ktorg spend our weekend time kat rumah... We (daddy, mummy + esya) kemas umah... Esya pun bukan main lagi kemas...Mummy kemas meja..dia pun 'kemas' meja..hihihi..Biarlah.. Anak mummy kan Girl..kena la belajar rajin kemas2 rumah....

Petang saturday tu, daddy bz dengan kereta.. Esya lak boring dah kat rumah... Daddy suruh mummy bawa esya g jalan2... So kitaorg pun g la jalan2 area rumah... Amik angin petang...

Esya yg mood masih tak ok.. Baru lepas nagis...

Ronda-ronda amik angin petang...

Jalan yang sentiasa clear..


Jalan punye jalan..Sampailah kitaorg kat playground.. Tak pernah pun bawa esya main kat playground rumah tu...Selalu lalu je tepi playground tu... So mummy kata..."let's try our house area playground"...





Overall, esya mmg enjoy main buaian.. seronok sgt dia..gelak kehkehkeh dia.. Seronok tgk dia main buian..dah xkasi mummy dia pegang dia dah... Dia dah boleh main buai sendiri.... Mummy kena tolong buaikan dia je..... Bijak sungguh la anak mummy sorang nie...Muuaaahhhhhhhh...

21 July 2010

YUMMY..YUMMY....


I love cooking & I love to cook for my lil angel...

Yesterday menu for esya porridge : Ikan Jenahak, Kentang, pumpkin, saleri & sawi manis..
Dalam bubur esya aku suka letak variety of vege. Aku nak biasakan dia suka makan vege.. supaya dia suka makan vege....

Yesterday menu for dinner : Mashed potato & beef...
Every day malam2 aku selalu bg esya biskut rusk tu... Aku yg dok suapkan esya pun rs boring.. So i wanna something new... yg besh kit....So aku rebuskan 1 biji kentang... Then aku tumiskan bawang merah & bawang putih cincang dalam planta...kemudian dimasukkan daging cincang suku sudu..bg utk rasa sahaja... Bila kentang dah lembut, aku lenyekkan kentang dan campurkan bersama bawang2 & daging.. Untuk cairkan sikit, aku tambahkan susu EBM... Hasilnya esya makan dgn berselera sekali... Sedap mummy dia masak mashed potato...hihihihi...

Today menu : Ikan salmon, kurma, saleri, bayam...
1st aku akan tumiskan bawang merah, bawang putih & hali dengan sesudu planta (untuk memudahkan pencernaan esya).. Bau time tumis bawang dgn planta sungguh menyelerakan... Then aku akan gorengkan beras dgn bawang2 tadi.. Kemudian barulah di masukkan air... Aku akan bagi beras tu separuh masak barulah dimasukkan ikan, saleri dan kurma.. Aku suka masukkan saleri dalam masakkan ikan sebab ia memberikan bau yg wangi (untuk menghilangkan bau ikan)..Dah hampir kering air bubur, akhirnya aku masukkan bayam... DONE!!! Nak hantar g school br aku blendkan dia...
Esya mmg suka makan ikan salmon.. Walaupun harga dia mahal, tapi rsnya masih mampu dibeli utk makanan esya...

Semalam pun cikgu ada tanye.."akak masak mcmana bubur hani (kat school drg suka panggil esya..hani).. Budak2 besar ni pun kata bau bubur esya sedap.. Akak masak lauk apa tu.." dalam hati aku..banyaknye tanye budak nie.. iyela aku faham..dia pun kena masakkan makanan utk budak2 besar.. So aku ajar & bgtau la cara2 aku masak bubur esya... tak salah berkongsi ilmu... Dia mmg selalu cakap..esya makan banyak... Bila dgn aku pun mmg esya makan banyak.. tapi take time utk dia habis..selalu bila bg dia makan, letakkan dia dlm walker...Sambil dia main2 dia makan... suka suap esya makan..nganga je mulut dia...

Lepas ni banyak lagi menu yang aku akan explore utk masak utk esya.. Plan nak try masak pasta utk esya.. boringla asyik bagi makan nasi je... Yg pastinya esya akan suka dengan apa saja yg mummy masakkan untuk dia...

Enjoy your food my lil angel so you can grow healthier.....

19 July 2010

HAPPY 8 MONTH YOUNG HANI ELEESYA DANIA


Today, Eleesya is 8 month
...Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah..
Syukur dengan kehadiran Esya dalam hidup mummy & daddy.. Esya sekarang
membesar dengan sihat dan ceria..Sudah pandai bergelak ketawa, tersenyum riang....

RAGAM HANI ELEESYA - 19th JULY 2010

My baby love to read book.. daddy dia selalu bacakan book utk esya......

This cute girl mmg suka dgn laptop.. Paling suka layan YOUTUBE.... Bijak IT....

Bagi dia mamam apple supaya senyap & xkacau mummy masak...

Asyik main dgn pelampung dia yg daddy xkempiskan lagi......

Aski2 lasak esya bila bermain.. Habis ditarik play gym dia smpai jatuh.....


Sekarang macam2 keletah esya yg mencuit hati mummy :

* Esya dah makin rancak bercakap..berborak2 (dengan bahasa dia tersendiri..dia je yg boleh faham..)
* Esya dah pandai nak marah2 mummy & daddy dia kalau apa2 yg dia xsuka..kuat betul dia menjerit...naik binggit telinga mummy...
* Esya merangkak dengan cara yg unik..tersendiri..bontot je tinggi..kepala disondolnya..
Insyallah lepas ni esya boleh merangkak betul2....
* Esya dah nak berdiri sendiri.. esya pegang mummy nak cuba nak bangun sendiri..
* Laju sungguh kalau dia dalam walker..semua tempat dia nak jelajah..Tempat paling dia suka..DAPUR!!! esya suka sangat nak tarik2 periuk... Suka nak bukak almari dapur... Rajin anak mummy ni, tolong mummy kat dapur...
* Esya suka sangat makan masakan mummy.. Paling dia tak suka..NESTUM CERELAC... Memang dari dulu lagi dia xsuka..campur dalam susu pun dia xnak... Anak mummy mmg xsuka instant food.
.. Bubur esya full of variety.. Lauk ikan salmon, ikan tengiri, ikan jenahak, ayam + full of vege.... Kuat anak mummy makan....
* Sekarang Esya dah pandai mengutip.... Benda sekecil-kecil pun akan dikutip & kalau lambat masuk mulut la jawabnya.. Kalau tiba2 dia senyap..takde bunyi tu...ada la benda yg dia dok leka...
* Esya akan ketawa berdekeh-dekah kalau di geletek/ main2 angkat kening dgn dia... Tak henti2 dia ketawa... Seronok sungguh tengok.....
* Paling tak boleh lupa..esya sekarang suka sangat tersenyum.. Manis sungguh senyuman dia..

Semoga anak mummy ni akan membesar dgn penuh kasih sayang dari mummy & daddy.. Mummy & daddy sayangkan esya with all our heart... We're trying to give the very best for you my dear....
WE LOVE YOU SO MUCH........





To my beloved daughter, Hani Eleesya Dania...
Sayang, mummy love you so much.. Mummy bersyukur, esya sekarang semakin membesar menjadi anak mummy yg comel, manja, bijak & cerdik... Semoga esya akan membesar menjadi anak yg soleha, mendengar kata mummy & daddy, menjadi contoh kepada semua... Mummy rindukan esya tiap saat.. Senyuman, gelak tawa esya sentiasa bermain2 dimata mummy.. Telatah esya betul2 membahagiakan hati mummy & daddy...Mummy doakan esya membesar dengan sihat..tanpa sakit2 yg teruk... bijak & pintar... Insyallah..Amin.......
Lot of love : Your mummy

17 July 2010

SWIM...SWIM,,,,,

Harini ktorg gi umah Pak Ude Esya kat selayang.. Ada kenduri Aqiqah untuk Arisa & Adura (cousin esya).. Ktorg sampai around pukul 12.. Sampai2 aje, tok wan esya dah datang nak amik esya dari mummy dia.. Yg lain tak sampai lagi... Then, mummy bagi esya lunch... Menu for lunch today, bubur nasi with ikan salmon, carrot, sawi & saleri.. Yummyyyyy....... Esya makan dengan seleranya.. Bila esya nearly nak habis makan, barulah yg lain2 sampai.. Pak Teh & family...Pok Ya & family, A'Cu & family and others....
Bila petang, cousin2 esya ramai yang dah start terjun kolam...mandi swiming pool.... Esya pun apa lagi..ligat la dia nak terjun.. daddy dia bz la pam pelampung esya....
Its time for Esya to swim......

^

^

^

^

^

^

^

Tengokla anak mummy nie..senyum dapat swim...

Esya swimming alone..... Beraninye dia...

Main Chak..chak... dgn daddy...

Daddy...Look.... I can swimmmm.......

Its's time... Dah kecut dah tangan anak mummy ni mandi.....



16 July 2010

ESYA MENCARI......

Petang semalam aku amik esya mcm biasa.. Mood dia pun ok..senyuman yg sungguh manis dia berikan bila amik dia petang tu.. Sekarang ni dia suka sgt senyum..Tenang sungguh rs hati bila tgk dia senyum/ketawa.... Sampai je pagar umah, aku turun bukak pintu pagar.. aku tgk dia terjengguk-jengguk..Macam mencari sesuatu... Then masukkan kete.. panjang leher dia tgk ke arah pintu rumah.... Saat tu barulah aku sedar..yg esya mencari2 daddy dia..... Alahaiiii sedihnya.....
Selalu tiap kali dia sampai umah, daddy dia dah sedia menunggu dia depan pintu rumah nak amik dia... Daddy dia akan tepuk2 tangan, agah2 nak amik dia dr luar kereta lagi..Daddy dia akan buka pintu and amik dia and main2 dgn dia... Tapi mulai sekarang, xde la lagi.. Mummy yg akan bw esya masuk rumah & main2 dgn esya...
Masa esya & daddy pun makin terhad.Klu esya xtido sebelum daddy balik, boleh la dia main2 dgn daddy, tapi kalau tak..Dia jumpa daddy dia the next morning la.. Untuk esya, it will take time utk dia adopt benda2 nie... Takpela ye anak mummy..we spend time together.. daddy further study untuk future esya gak..Kita doakan yg terbaik untuk daddy ye sayang... Apa2 pun daddy sayang dgn esya..Mummy pun sayang esya.. WE LOVE YOU SAYANG....




14 July 2010

My Milky Baby Growing

...............19 November 2009 until Now.....................

I'm so proud of myself.... Esya sekarang hampir 8 bulan... Sampai sekarang esya masih lagi menyusu badan.. Esya is Exclusive Breastfeed Baby... Esya menyusu sepenuhnya susu badan sehinggalah dia 6 bulan dan kemudian start solid food. Dia tak pernah minum susu formula (FM) sejak lahir. Alhamdulilah, susu aku tak berkurang and sampai sekarang masih cukup bekalan utk Esya.. Murah rezeki esya.. EBM stock dia pun banyak lagi dlm fridge.. Alhamdulilah......

Aku tekad untuk menyusukan Esya since dia dalam kandungan lagi.. Bukan tujuan utama aku menyusu badan esya sebab nak save budget. Niat & tekad aku agar esya menyusu badan supaya dia sihat, bijak & jauh dari sakit.. Aku tak mau dia asyik sakit mcm aku kecik2 dulu... So aku tekad, walau apa cara pun aku akan menyusu esya susu badan.. Mulanya aku ingat paling kurang aku nak menyusukan esya sehingga dia 1 tahun..tapi kini aku mmg tekad untuk menyusukan esya sehingga dia berumur 2 tahun... I wanted to give my angel the very best that she will get in her life.....

Alhamdulilah, orang sekeling aku menyokong.. My mummy, my MIL and my hubby menyokong walaupun sokongan itu tidak sekuat mana. Mereka mengalakkan aku menyusu esya.. tidak pernah pun drg menyuruh aku memberi esya FM..Alhamdulilah sangat2... At least, dorang memahami & menyokong.. Itu sudah lebih dari cukup untuk aku...

Ternyata, bila menyusukan esya..Jalinan kasih sayang antara aku & esya mmg kuat.. Dia manja.. Tak leh tgk mummy dia tinggalkan dia.. Bila balik dr nurseri petang2 mmg dia cr susu badan dulu..walaupun dia br sudah minum susu botol.. Dia nak melekat je.. Dia selesa berada dalam dakapan aku & menyusu.. Antara sebab ni jugak la aku rindukan esya tiap kali g keje.. Teringat-ingat sentiasa....(I miss u my angel......)

Aku akan terus memberikan esya breastmilk... Semoga my angel akan membesar dengan bijak, sihat dan cergas... Esya, you're my precious... You're everything to mummy.. LOVE YOU SO MUCH MY ANGEL, Esya............


13 July 2010

Allergic Rashes

I'm so sad... Pity for my baby....

Semalam amik eysa kat school, cikgu ckp leher esya penuh ruam... mmg aku tau..time pagi hantar dia tu dah mmg nampak... Petang tu aku tgk makin banyak...
Sampai je depan pintu umah, daddy dah tunggu esya... Time daddy dukung esya tu mmg nampak ruam dia... Dah penuh kat dahi.. Bila aku check2, badan dia pun ada merah2..risau gak aku..Tapi memandangkan esya xde menangis, aku tak la risau sgt... Esya pun macam biasa je..still minum susu, tido..main2 mcm biasa...

Dalam pukul 9, aku tgk merah2 kat esya makin banyak...Muka dah penuh..mata mcm bengkak sikit, ruam tu penuh kat dahi..bawah mata..pipi... Bila selak baju dia, nampak kat dada & perut dia merah2 ruam...Leher lagi la penuh sampai ke belakang kepala... Terus ktorang siap2 nak bw esya g klinik.. Klinik pakar kanak-kanak mmg dah nak tutup la time2 nie..sure sampai sana, klinik dah tutup..so bw esya ke klinik Mediviron kat Taipan... Punyelah ramai org... Lama nak tunggu turn....

Bila smpai turn esya, doktor check dia... esya as usual la..semua benda dia nak pegang, nak main.. Thermometer temperature pun dia sibuk nak tarik dr ketiak dia... Doktor pun ok main2 dgn esya.. siap doktor tu pakaikan stereoscope kat leher esya..(iyela..esya kan nak jd doktor bila besar nt...)

Kesimpulannya = Doktor kata esya allergic rashes.. tapi tak tau allergic kepada apa.. Maybe makanan, tempat tido, tempat main, or benda2 yg dia masuk dalam mulut.. Doktor bagi ubat sapu and ubat minum @ ubat flu (ubat ni comfirm aku xakan bg..kerna ubat yg mengantuk seperti selsema & batuk tidak sesuai diberi kepada bayi kerana ia akan membantutkan perkembangan otak bayi - doktor pakar kanak-kanak di PPUM bagitau)...

Balik umah, esya main2 dulu then dia tido..tapi tido tak lama..dia terjaga balik and start menangis... so aku sapukan ubat kat badan dia.. tapi dia dok merengek2 jugak.. mcm2 buat, tapi xnak berhenti merengek... Daddy la tidokan dia.. Tapi dia tido tak lena..sepanjang malam asyik menangis....merenggek... Daddy pulak tido, xsedar esya nagis..ngantuk sungguh pagi nie... Hope today dia leh recover kit la... Jgn smp teruk mcm semalam la...

Esya..Mummy love you sayang..... Muuaahhhhhhhhh...

12 July 2010

My Girl Sick

My princess is not feeling well today.. Since semalam dia dah xsihat, badan dia kejap panas..kejap ok... Merengek-renggek je... Semalam 1 whole day duduk umah je coz risau nak bw esya kuar jalan2 dgn keadaan dia xsihat..Dia nak tido pun nagis je..nak tido atas dada mummy/daddy dia.. Baringkan dia sure nagis balik.. Tapi xdela panas sgt badan dia..Around 37.5 je.. Tapi dia merengek la... This morning pun dia nagis je..aku berat hati nak g kerja ikutkan.. Nak bw dia g ofis sekali, aku risau dia dok nagis je..org lain xselesa plak.. aku gagahkan hati, hantar gak dia g nurseri.. Siap2 kan dia dulu..mandikan dia... Then dia nagis..meleleh air mata dia..selalu nagis, xpernah meleleh air mata dia...ni sampai pipi air mata dia mengalir... sedihnye aku tengok. Berat sangat ati aku nak hantar dia..... (T_T)

Dalam beg esya, aku siapkan ubat demam & picagari utk bg ubat.. (macamana la drg kasi ubat kat anak aku..Esya xsuka makan ubat..menjerit nagis klu bg ubat................) Aku siap bagi thermometer utk cikgu check temperature klu dia demam panas sgt (sebab school xde thermometer)

Sampai school around kul 12.. Aku baringkan esya depan tv.. then bg barang2 esya kat cikgu & terang kat cikgu psl ubat dia... Bila tgk esya, kakak2 n abg2 dah kerumun dia.. ada tu yang dok usik2 tangan dia..usik2 kaki dia..jangan ada yg cederakan esya dah la.... Esya dah la xsihat.. Risau aku tgk keadaan tu..yg aku dengar bibik tu cakap dgn budak2 tu jangan usik esya..harap2 dia tengok la.. jgn biarkan je...

Kepala aku makin pening & serabut la pasal nurseri nie..Mmg aku nak tukar la nurseri lain..cara dia betul2 buat aku xpuas hati.....

08 July 2010

NEW SCHOOL

~ My Angel new school~

This month of July, esya pindah to her new school (nursery). Aku aku keputusan nak tukarkan esya bila aku perasan school lama dah ramai sgt budak2.. Baby lain pun aku npk dah ramai.. Since last month pun esya dok demam, batuk, selsema..(lama jugak dia sakit..), ni gara2 berjangkit dgn bdk2 kat school lama (coz aku sendiri npk cikgu bg beg2 ubat kat parents drg time aku amik esya balik..). So aku amik keputusan tukarkan esya kepada new school.. Walaupun bayaran dia mahal sikit, tapi bdk2 kat new school tak ramai.. Baby pun ada 2..total budak yang ada kat situ pun dalam 10 org je....Akhirnya aku tukarkan esya..last day kat school lama esya mmg sedih... mmg sebenarnya hati aku berbelah bg nak tukarkan esya school.. Dr 2 bulan smpla esya dah 7 bulan dok kat school tu...dah ramai kawan..Cikgu2 pun dah sayang dia..dia pun dah pandai mengagah tangan dia kat cikgu bila aku hantar pagi2.... Mmg sedih aku bila cikgu tu kata lepas ni tak jumpa esya dah... Nt2 klu terjumpa msti esya dah besar..mmg sebak & sedih aku time tu..kepala aku dok berlegar2.."Betul ke apa yg aku buat nie..?? Betul ke keputusan aku nie.." aku betul2 celaru time tu.... Tapi aku kuatkan hati..insyallah esya akan ok at new school...

1st July aku hantar esya new school..hati aku berat sgt nak hantar dia kat school tu.. Tapi aku kuatkan hati aku... Akhirnya aku tinggalkan esya kat new school lepas bg semua brg2 n makanan esya... Sepanjang perjalanan dr school ke ofis, aku menangis..aku sedih sgt..betul ke apa yg aku buat nie... Aku harapkan yg terbaik buat anakku..insyallah..........
Tapi..new school in x aware pasal EBM... so aku kena ajar cikgu2 drg cara nak handle EBM.. Aku supplykan warmer..aku ajar cara nak guna warmer n cara nak handle emb..mmg 1st day tu, cikgu bg salah botol, tak ikut turutan no..xpela..aku faham..drg masih lagi baru dalam mengendalikan EBM..It takes time....

Hari ni dah seminggu esya dok kat school baru... Tapi aku rs aku nak tukarkan esya ke new school... KERANA.....

(1) penjaga dia ada yg indonesia..aku cukup xsuka cikgu indonesia menjaga anakku.... Sebelum ni tak cakap pun ada penjaga indonesia...........

(2) 2 hari lepas, esya menangis kat rumah..menjerit2..semua yg buat tak kena..sapu minyak kat perut pun tak ok.. main2 pun tak nak..rupa-rupanya dia LAPAR.... lepas bagi makan baru dia senyap..biskut rusk tu sampai 1 1/2 keping dia makan.... selalu aku bg 1/2 je dia dah kenyang..nampak sgt dia lapa.... dah sudah makan..br la dia leh senyum2..main2 dgn daddy dia.. then baru la tido..cian anakku..lapa rupanya... Then..bila aku kemas barang esya, bekas bubur nasi yg aku bekalkan ke school masih ada buburnya.. bila aku tgk..'ya allah... banyak lagi rupanya.... macam tak berluak..macam tak bermakan...' bila aku tanye cikgu tu petang, dia kata bg esya makan.. tapi ni gayanya mcm tak mkn.... mmg aku marah sgt bila aku buang bubur tu..penat2 aku masak utk aku aku..cikgu tak bg makan lak....[MODE : MARAH & BENGGANG]

(3) aku amik esya petang, mata dia bengkak.. sure lepas nagis nie.. Apa yg aku perhatikan cikgu ni suka biarkan bdk2 menangis.. menjerit la budak2 tu menangis, tapi drg biarkan je.. aku npk sendiri... Smp dia pernah cakap dgn aku esya ni suka menangis mintak didukung.. Anak aku mmg manja..suka di dukung..cikgu2 kat school lama takde masalah plak dgn dia nie..boleh je handle esya.. tapi dia tak leh lak....

(4) New school takde Astro... Esya ni mmg suka tgk channel CARTON.. Disney, Cartoonnetwork, nicklodeon.... since dia kat school lama dia dah suka tgk tv...at least dia akan leka & diam klu tgk tv.. school lama pun suka psg cartoon n cd learning, esya love it... dr cite2 tu la mind esya boleh berkembang..ni school br..dgn tv xclear...mcm takde arial je... mcmana esya nak tgk tv mcm tu....CD learning pun dia xde...Adoooiiiiiiii susah tul la hati aku mcm nie!!!!!

Macam2 ragam kat new school esya nie.. banyak cara dia yg tak menyenangkan hati aku...mmg terasa menyesal sungguh tukarkan esya kat school tu.. Skrg aku cuba nak cr school yg lain... Mmg org dok cakap...kita akan selalu tukarkan school selagi tak jumpa yg sesuai n boleh jaga anak kita dgn baik..

Aku tak harapkan drg jaga perfect..at least jg la dgn ikhlas... jaga makan minum dia... sayangilah kanak2..besar pahalanya... ni yg buatkan aku semakin semangat nak bukak nurseri 1 day... i love baby & kids.... insyallah, smp masanya impian aku akan tercapai..............


07 July 2010

~~'~@ HANI ELEESYA DANIA @~'~~



Daddy sedang mengazankan Eleesya

Hani Eleesya Dania selepas dilahirkan..She's so cubby

Eleesya suka bila tengok kamera

Nurse sedang menyusukan Esya

My baby buat muka cute bila oyang dia pegang

Blog ini aku buat khas untuk berkongsi pengalaman & menceritakan pengalaman hidupku dalam membesarkan anak kesayangan ku, Hani Eleesya Dania.. Dialah buah hatiku, pengarang jantungku, penghiburku disaat aku duka, gelak tawanya membahagiakan diriku..

Hani Eleesya Dania dilahirkan pada 19hb November 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 4.48 pagi. Montel sungguh dia..3.48kg.. Diala jiwaku..diala ragaku...

Pengalaman mengandungkan Esya meninggalkan kesan dalam diari hidupku.. Aku mengalami alahan yg sungguh teruk. Dari bulan pertama aku disahkan mengandung, sehinggalah kandungan masuk bulan ke 7, barula alahanku beransur2 hilang.. Sepanjang mengandungkan Esya, aku dimasukkan ke wad sebanyak 3 kali... Tapi kali ke 3 benar2 menakutkan seluruh keluargaku termasuklah my hubby.. Ketika tu kami sekeluarga di Uptaown Damansara utk makan malam..(My hubby nak belanja..)Semasa tunggu dinner sampai, aku separuh sedar.. Aku antara sedar dan tidak sewaktu dibawa keluar dari tempat makan untuk ke kereta.. Aku mcm berada di awangan2.. Benda terakhir yg aku ingat, aku di dalam kereta sambil mama & Abah cuba 'make me awake'... Tapi bila masa smp hospital..dia masa dikejarkan ke emergency wad..semua aku xsedar.. Bila aku sedar, aku dah dlm wad dgn penuh air drip di tangan... Dorang kata aku pengsan..hihihii...kelakar pun ada..takut lagi la ada.... Seram sungguh....

Aku di paksa bersalin bila kandunganku cukup 38 minggu.. Pada 18 November 2009 kul 8 pagi, aku ke PPUM.. Setelah dimasukkan ubat, aku cuma menunggu time kontraksi.. Sehinggalah pukul 6.30 ptg, barulah start sakit.. tapi masih boleh ditahan.. Lama kelamaan, sakit tu tidak ditahan lagi..Doktor menyuntik ubat tahan sakit.. Tapi tak lama lepas tu aku MUNTAH... habis semua apa yg aku makan muntah sehingga aku jadi lemah..ditambah pulak dgn sakit kontraksi... Aku mintak epidural.. tapi terpaksa tunggu doktor bius datang..Sementara nak tunggu, nadi baby makin lemah dan akhirnya doktor suruh aku proceed utk operation. Aku kata ok je la..sebabkan aku betul2 dah tak larat... Aku dikejarkan serta merta ke bilik pembedahan sambil di iringi oleh my hubby, my mama & my angah... Tepat kul 4.48 pagi, nurse kata aku dah dapat baby girl.. bila nurse tunjuk my baby... "SHE'S SO BEUTIFUL... SO CUTE..".. That's my baby HANI ELEEESYA DANIA......