28 October 2010

PANDAI DAH MERAJUK & MENANGIS

Merajuk pun dah pandai sekarang...

Esya..esya.... Macam2 dah pandainya... Sekarang ni pandai dah merajuk and menangis kalau kena marah.. Menangis tu macam la mummy or daddy marah teruk or pukul.. Pandai dah 'berlakon' buat muka sedih sambil menangis.. Mummy tau esya saje je menangis mcm tu..buat muka sedih sebab sure mummy or daddy takkan marah esya lagi....

Antara aksi2 esya bila kena marah and aksi2 merajuk dia yg mencuit hati....Anak mummy ni saje je buat muka sedih mcm tu ek...



Time ni dah mula menangis.. nagis sambil tutup muka... (Tengok kat belakang tu..habis sepah main sepit kain)


"huuuuuu..mummy.....pujuk la esya..."


Mummy buat tak tau je.. Lagi kuat la nagis dia....

Alalalalala manja mummy sorang nie..... Kelakar pun ada bila tengok dia nagis mcm nie.....

18 October 2010

IT'S 11th MONTH

HAPPY BIRTHDAY 11TH MONTH MY CUTE ANGEL...

Hari ni Esya dah 11 bulan.. Begitu cepat masa berlalu... Tanpa ku sedari anakku makin membesar, bukan lagi baby kecik yg menangis dan br pandai memandang mummy & daddy dia.. Esya membesar menjadi budak yg comel, yang penuh dengan keletah yg menghiburkan hati mummy & daddy dia..(tapi ada gak yang membuatkan mummy hangin...hehehehehe)
Melihat esya membesar depan mata, memerhatikan setiap perkembangan esya yang semakin pandai dari sehari ke sehari membuatkan aku sedar, betapa besarnya pengorbanan mamaku kepada aku sewaktu kecil dulu... (Mamaku, Puan Rosni... I LOVE YOU SO MUCH and terima kasih atas segalanya.....). Esya lebih banyak meluangkan masa dia dengan mummy berbanding daddy.. Daddy dia skrg malam2 baru balik.. So most of the time, masa esya dengan mummy dia.. Sebab tu la MANJA SANGAT2 dengan mummy dia... Tak boleh la nak jauh dari mummy lama2.....
Dari 1 langkah ke 1 langkah Esya membesar.. Dari dia boleh meniarapkan badannya, mengenali mummy & daddy, merangkak, berdiri dan sekarang mampu berjalan 3 4 langkah dan seterusnya akan berlari..Sesungguhnya aku bangga dengan diriku sendiri.. Aku mampu untuk membesarkan anak aku.. Alhamdulillah aku masih lagi menyusukan esya sepenuhnya... Berkat dari susu aku juga, esya membesar menjadi budak yang bijak & cerdik... Cepat dalam perkembangannya... Semoga aku terus boleh menyusukan anakku hingga 2 tahun.. Mummy want the best for you my baby coz you're everything to me....
11 bulan... Esya sudah pandai berdiri sendiri dan berjalan ke arah mummy 3 4 langkah... Semakin pandai merajuk bila di marah.. Sometime dia boleh marah mummy dia balik..Amboiiiii.... Yang paling mummy suka bila esya senggih nampak 5 batang gigi dia tu.. Aduhaiiii comel sungguh anak mummy yang cubby pipinya nie.... Yang paling nampak ialah, esya sudah menunjukkan minat dia menjadi doktor... (Maklumla daddy dia nak esya jadi doktor) Hihihihi.... Kalau mummy buka pintu peti ais, benda yang 1st dia capai ialah UBAT.. Bukannye benda2 lain yang banyak dalam peti ais tu... Ubat mummy dalam handbag tu selalu jadi permainan dia.... Klu bawa g klinik, suka benar dia perhatikan doktor & main dengan telescope doktor tu... Insyallah, mudah-mudahan hasrat daddy pada esya akan tercapai...
Next month esya turning 1... Tak sabar menantikan esya yang membesar... Semoga anak mummy membesar menjadi anak yg bijak, mendengar kata, taat kepada keluarga & agama.. Insyallah..Aminn........

10 October 2010

MOTO GP 10.10.10

Its MOTO GP TIME....

This is 1st time esya g Sepang untuk tengok Moto GP... Last year esya 8 months dalam perut time mummy dia g tengok moto GP... So this year, mummy & daddy plan nak bawa esya, nak exposekan esya to dunia MOTOSPORT...hihihihi...supaya next year F1 boleh bawa esya... Esya kan fan Redbull.....

Time sampai SIC, cuaca tak la panas sangat... Tiada matahari... So far esya ok la time nie.....So ktorg jalan kaki g area Paddock.....
Esya yg memang xboleh nak pakai topi... Habis di tariknye.....
Esya, mummy, daddy, sista & cousin bakal Pak Ngah Esya....(hehehehe)
Mummy belikan esya headset untuk protect telinga esya..but end up dia bukak..Issshhhh budak nie......
Esya...senyum la sikit... Ni masam je muka.... Tarik muncung lak budak nie....

Ramai sangat yang tengok esya time esya posing atas moto nie....

My baby buat posing atas moto.....

BUT.... End up kitaorg semua balik awal... This year mmg ramai sangat orang.. Seat2 depan paddock pun FULL... Last year pun tak seramai nie... Esya dah start rimas time game 250 br start... Mayb dia rimas sgt kot coz ramai org and rimas coz mummy asyik pakaikan headset kat kepala dia..hihihi... Cian daddy tak dapat nak tgk game Moto GP... Last2 kitaorg tengok kat TV je..hihihihi.. Takpelah... New experience untuk Esya... Mummy & daddy dia nak bg esya lasak, jangan jadi lembik and duduk rumah je... There's lots of things you need to explore my baby....

NEXT YEAR ESYA KENA TRY PULAK TENGOK F1.....

We're Motorsport family....

01 October 2010

Cameron Highland


Esya holiday in Cameron Highlands...

Br nak upload cite pasal trip Esya to Cameron... This is first time esya g Cameron Highland..Ktorg g during raya... G ramai2 dengan Oyang, atuk, nenek, makngah, maksu, family Nenekcu, family Papatok Jak.. Ktorang duduk kat Berinchang.. Ktorang datang Cameron raya ke 4, tapi yang lain2 datang lagi awal, raya ke3..We all over
nite dulu kat kampung daddy esya... Sebabkan ktorang datang lambat, ktorang kn tinggal... Tak dapat nak bawa esya g petik stawberry.. Jeles je tgk drg tunjuk stawberry yang dorang petik...Huh!!!.. Takpela..lainkali mummy bawa esya g petik strawberry ye sayang...Sampai2 je chalet, kakak2 & abg boy dok bagi esya macam2... Dorang belikan esya beg strawberry, topi strawberry, sarung tangan strawbeery, tutup telinga strawberry..Macam2 la ada untuk
esya... Mesti dorang guna duit raya dorang belikan untuk esya nie....Thank you semua.. . We all spend one night je kat sana... Dapat la bawa esya g pasar malam kat sana... Esya suka sangat tgk belon2 stawberry yang banyak sangat jual kat sana..Dadd
y suruh mummy belikan untuk esya coz cian dia asyik tengok je belon tu.. Dalam belon stawberry tu ada loceng... Mummy pulak mmg takleh lepas makan jagung rebus... Jagung cameron memang sedap... Sampaikan dulu time pregnantkan esya, sanggup srh daddy bawa g cameron semata2 nak makan jagung...hihihihihi..

Antara picture yang sempat ditangkap untuk kenangan.. Susah kit nak tangkap gambar coz esya ni dah lasak...

On the way to cameron..Esya tak boleh nak duduk diam.. dah la jalan pusing2....



Antara aksi2 mengada aka gedix esya sementara menunggu yang lain2 sampai chalet...

Mummy bagi esya rasa makan waffle with ice cream..

Bagi ice cream lak rasa...

Cuba teka apa yang esya makan nie...???

Tengokla dia buat muka nie..hihihihi

Last2 dia kuarkan balik strawberry..MASAM!!!!




Ada hati tu nak pegang pokok kaktus....


Kitaorang lepak kedai mamak kat Tanah Rata malam tu untuk perkena teh....

Ermmmm nanti esya pilih apa yang esya nak makan ek...

Esya dah mula membuat aksi..Bukan boleh duduk diam lama kit..