13 December 2010

A Day at MAHA 2010...

Last 2 week, ktorang g MAHA.. Ikutkan the other week lagi nak g.. Tapi sebabkan otw nak g ke sana hujan..kitaorang melencong ke tempat lain.. So the other weeknye ktorg g.. Ktorg g early in the morning.. Takut panas sangat kalau datang lambat...

Ni 1st time daddy g MAHA.. for mummy this is the 2nd time.... Daddy yang semangat nak pergi sebenarnya coz dalam tv promote kaw-kaw MAHA nie... So ktorg pun amik chance ni utk pergi jalan2 kat MAHA...

Ktorg bernasib baik sebab dapat parking dekat sgt dengan area kawasan 2.. Betul2 depan area pintu 2... Alhamdulillah..xyah jalan jauh2... Kat sana macam2 yg ada... Kat area 2, ada binatang2..so bawa esya tengok lembu..(macam2 jenis & saiz ada..), kambing, rusa, arnab..(esya masuk dalam kandang arnab... Bagi la arnab2 tu makan..tapi arnab tu xnak..mayb coz dah kenyang sgt sbb semua org dok bg drg makan je..).. Lepas jalan2 area ternakan, ktorg naik bas untuk g ke tempat laman sayur lak... Punyelah penuh bas tu..Mcm tin sardin... Esya lak tido time tu..Nasib baik.... Sampai sana, ada tasik yg cantik.... Ada pavillion utk setiap negeri... Kat sana leh tgk mcm2 jenis sayur.. Kobis bulat2..besar2..cili merah2...tomato bergayut2...eiiii geramnye tengok..esya pun petik tomato sebijik..hihihihihi....
Lepas jalan area laman sayur, naik bas lagi ke Pintu 1 yang ada hall macam2..ikutkan time tu dah penat sgt..tapi gagahkan diri jugak berjalan... Ktorg berjalan kat Agro bazar dan Hall 1 je..Hall 2, 3 tak larat dah nak masuk tgk.... Sedang nak berjalan ke Hall 1, dengar deruman enjin yg kuat.... rupa-rupanya Tun Dr Mahadir datang.... Lepas je kereta2 yg convoi dgn Tun parking, ktorang amik pelung posing kat kereta2 tu..Esya pun bukan main posing kat kereta tu.... Tengok gambar2 kat bawah yg esya berposing....
Lepas posing, ktorg plan nak balik la..hari pun dah petang...dah xlarat nak jalan lagi..tapi nak tunggu bas utk ke pintu 2..punyelah panjang barisan..time tu esya dah tido.... Beratur nak naik bas smp 35 minit.... turun je kat area 2 tu, beli pokok2 sikit then balik... Hari yang sungguh memenatkan utk kitaorg sekeluarga...

Antara gambar-gambar yg dapat di snap....











Sesuatu pengalaman baru utk esya... Aku suka bawa dia berjalan kerana setiap apa yg dilihat adalah benda baru untuk dipelajari... Mempelajari mengenali haiwan, tumbuhan... Sesuatu pengalaman berharga untuk anakku... Tujuan utama membawa esya berjalan ke MAHA adalah untuk esya mengenali benda2 baru yang wujud disekelilingnya... Bukan tujuan untuk memenatkan diri esya tetapi utk esya lebih bijak mengenal benda yang ada di sekeliling dia... Sebab esya sekarang dah faham dengan keadaan sekeliling, bijak mengenali benda2 yang ada disekeliling dia..... It's the best time for her to start learning......

23 November 2010

MY LIL' PRINCESS IS ONE....

Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you.....
Happy Birthday to HANI ELEESYA DANIA....
Happy Birthday to you sayang........

My lil' baby finally turn ONE...

Terasa bagaikan baru semalam mummy melihat wajah esya kali pertama bila ditunjukkan oleh nurse... Terasa bagaikan baru je mummy mendakap esya buat kali pertama.. Anak mummy yang menangis malam2 bila dalam pantang.. Mummy ingat lagi..time baru lahir, anak mummy ni tembam sgt2..montel..sampai semua nurse kat wad geram dgn anak mummy punye pipi... Anak mummy jugak pandai melepaskan diri dari dibedung.. Budak tak nak bedung nie..... Tersenyum mummy meningatkan kenangan esya sewaktu baby... tapi hari ni anak mummy dah membesar... Teringat2 mummy kenangan mengandungkan esya.. walaupun penuh kepayahan tapi ianya pengalam yang sangat bermakna buat diri mummy.. Bagai terasa di perut esya menendang2 kuat perut mummy... Mulanya mummy n daddy ingat dapat baby boy..sekali dapat baby girl yang sangat2 comel.... Esya buat mummy mabuk teruk..sampai masuk hospital 3 kali... Anak mummy mmg buli mummy je...
Esyala permata hati mummy and daddy..esyalah nyawa mummy...setiap nafas mummy hanyalah untuk esya....

Sekarang ni esya dah makin bijak..Lagi2 sekarang dah dapat kaki... Bukan main lagi dia berjalan jelajah satu rumah... Dari depan sampai ke dapur..sampai masuk bilik makan... mummy risau tgk esya jalan.. tapi dia tak kisah pun jatuh terduduk..bangun balik..jalan lagi....

Tau kalau mummy n daddy cakap nak g jalan.. dia pandai nak pakai stokin and kasut sendiri...

Suka sangat bermain kat luar rumah.. especially anak2 jiran sebelah rumah dok panggil2 nama dia.... "hani baby..hani baby..." Terkedek2 la esya nak pergi dekat budak2 besar tu.... Esya suka bila ada budak2 around dia... dia nak berkawan....

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa mummy sedari sudah 1 tahun mummy menjadi mummy kepada esya.. Mummy sungguh bangga dengan diri mummy kerana mummy masih lagi BREASTFEED anak mummy sehingga sekarang..Tak pernah sekali pun mummy bagi esya susu formula.. kerana mummy mahukan yang terbaik untuk anak mummy... Sesungguhnya dengan azam yang kuat dan dorongan dari esya sendiri, mummy berjaya..Thank you Esya...
Esya juga banyak mengajar mummy erti kehidupan... mengajar mummy erti sabar dan tabah dalam membesarkan anak... Esya mengajar mummy agar lebih kuat mengharungi hidup... Supaya mummy kuat dan terus sihat demi untuk esya.. Mummy pasti..mummy akan terus kuat dan bertahan untuk anak mummy.. Everything mummy did, i did it just for you my dear...
To my beloved hubby... terima kasih kerana bersama-sama mummy dalam membesarkan anak kesyangan kita.. Tanpa b disisi, ayg tak mampu untuk meneruskannya....terima kasih atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan.. you the one that i love the most... Semoga kita akan terus bahagia hingga ke hembusan nafas terakhir kita..

Pesan mummy buat anak manja mummy..

Sayangku Hani Eleesya Dania..
Membesarlah menjadi seorang anak yang mendengar kata, taat pada perintah mummy & daddy..
Jadilah anak yang sentiasa menyayangi orang tua...
Membesarlah dengan bijak supaya esya dapat memenuhi impian daddy..

Mummy and daddy love you so much...

10 November 2010

Majlis Pertunangan Mak Ngah Esya....

Alhamdulillah..majlis bertunang my sista (angah) selamat berlangsung dengan meriah & jayanya di rumahku... Mula2 keadaan agak kelam kabut gak..yela..rumah tak habis kemas lagi... mana la ada masa sangat nak kemas umah.. Si kecik manja tu asyik nak di telek je.. Daddy dia plak sibuk study utk final exam...

Untuk majlis pertunangan my sis.. Akula tukang penghias pelamin mini & buatkan hantaran dia.. Semua menggunakan fresh flower.. Itulah 1st percubaan aku dalam mengubah pelamin mini..hasilnye so sweet (gambar akan di upload nanti)... Untuk majlis tu ada coklat fountain... bersama-sama dengan stawberry, anggur, machmellow dan macam2 lagi la untuk di dip dalam coklat fountain tu.. Benda ni la yang paling menarik perhatian... Everyone love coklat & stawberry.... Nanti insyallah utk esya birthday party..Akan buat gak coklat fountain...

Tapi aku memang sibuk dalam menyiapkan persiapan.. Cian esya.. mummy dia asyik tak pedulikan dia je.. Mujurla aunty2 dia ramai yang nak main dengan dia..yelah..sorang je baby dalam family... semua la nak pegang dia..nak main dengan dia.. esya pun dok tunjuk skill dia la yg macam2 dah pandai sekarang nie.. Tapi memang nampak dia penat sangat hari tu.... Penat dok main je..tido pun xnak..kalau tido pun kejap je..xsampai 30 minit..... Cian my baby..takpela esya..kita buat utk mak ngah ek.... Bak kata my hubby... majlis bertunang dah rasa macam kenduri kahwin dah rasanye...Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar..insyallah kenduri kawin akan berlangsung dalam bulan September 2011.. Agak2 esya dah boleh jadi flower girl tak?? hihihihi....

Picture majlis akan di upload nanti.......

03 November 2010

Ohhhh Anakku.....

PANJAT TANGGA

Eleesya..Eleesya..... Sekarang esya dah pandai nak main kat tangga... Dah pandai nak panjat tangga... Klu mummy dia tinggalkan dia kejap kat depan sambil mummy kat dapur..dengar dia senyap je, takde nagis..takde bunyi dia main mainan dia.... Rupa-rupanya dah ada kat tangga.. Nak panjat tangga tu... Alahai eleesya..kalau jatuh nanti sape yg susah... Mummy & daddy jugak.....

Kalau mummy marah dia...dia pandang je muka mummy ni lama-lama.... Dia buat la muka kesian dia...Last2 mummy yang xsampai hati...peluk la dia... pujuk dia balik... Aduhaiii tak sampai hati nak marah dia la.... Kalau tak di marah, risau dia tak nak dengar kata nanti.... Ohhh anakku.....

02 November 2010

HOLIDAY AT COLMAR TROPICALE + BIRTHDAY CELEBRATION


IT'S HOLIDAY TIME....

Lama we all one family tak g holiday just 3 of us... So memandangkan my birthday celebration, my hubby suggest kitaorg g holiday.. I LOVE HOLIDAY.... Memang i request a holiday trip for my birthday present..just to spend time with my beloved hubby and my lil' angel..My mama yang hadiahkan accommodation nie.. Thank you mama.... So i choose Colmar Tropicale, Bukit Tinggi coz tak terlalu crowded and cuacanya sejuk (walaupun xsesejuk mana).. Memandangkan kat sana ada Rabbit Park yg boleh main-main dengan rabbit, so plan nak bg esya main dengan rabbit... Kitaorang stay one night kat sana. Ikutkan memang plan macam2 nak buat kat sana. Tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.. Petang sabtu tu hujan renyai2, membatalkan aktiviti ke Japanese Garden & Botanic Garden.. Malam pulak, during mummy & daddy tengah dinner, esya tertido sampaila pagi.... Tak dapat nak jalan2 area sana malam2..sedih sungguh la... Sunday morning, we wake up early... Pergi breakfast kemudian naik bas ke Organic Farm... Best jugak g sana..coz boleh masuk farm & petik carrot..taste so good... Tapi tak lama sgt coz esya dah merenggek sebab panas.... So next trip is to Rabbit Farm....Yeyehhhh.... Otw tu esya nak terlelap dah coz kena angin sejuk sambil naik bus..tapi kejutkan jugak dia.. Tapi masuk je rabbit farm..terus segar mata, main kejar-kejar rabit...mula2 takut, lama2 rabbit tu jadi magsa dia....esya...esya..........
Lepas habis masa main kat rabbit farm, kitaorang balik Colmar and check out... Time to go home... tapi before that kitaorang jalan2 keliling dulu..snap picture.... Mayb next time esya dah boleh berlari..mummy & daddy bawa esya lagi ye sayang.... Till next holiday.....

<<<>>>>>

Esya yang baru bangun tido..Mamai lagi muka anak mummy nie
Enterance masuk ke Colmar Tropicale... Kota Francis..kami datanggggggggg....

Pemandangan dari balkoni bilik..

'Mummy..kita order dari bilik je la..mamam dalam bilik....".. Esya yang dok sibuk tengok menu....

Esya yang lapar..Sampai begitu sekali dia makan satay..hihihihi...

Kitaorang nak pergi jalan2 ke Botanic Garden & Japanese Garden...

Esya yang dah terlelap kena angin sepoi2 sejuk waktu naik bas... Ishhh budak nie..boleh tido lak dia time orang nak jalan2...

Kitaorang tak jadi g Japanese Garden coz hari dah hujan & esya pun dah terlelap....

Kitaorang spend time kat area hotel je.. tapi time ni pun hujan renyai...

Mummy & daddy dinner.. Esya tido....... Ingatkan kejap je dia nak tido..rupanya sampai pagi...

Mummy & daddy spend time berdua je..memandangkan esya sudah lena diulit mimpi....

Baru lepas breakfast... Posing sementara nak tunggu bas jalan...

Naik bas ke Organic farm... Just 3 of us je dalam bas tu....

Alalalalala anak mummy ni buat muncung lak... Sure dia kata boringnya tengok sayur..hehehehe

Kitaorang kat Organic farm... Nice experience..

Esya rasa carrot yang baru dipetik dari tanag... Taste so sweet & fresh...

On the way to Rabbit farm.... Time ni mata segar lagi.. Lepas tu terus lalok mata...

Daddy bagi rabbit mamam..... 1st time esya tengok rabbit main2 depan dia...

Esyalah orang yang paling seronok sekali g Rabbit Farm
Esya yang pelik tengok arnab tu gigit tangan mummy

Posing at the enterance sebelum balik
My Lovely family


28 October 2010

PANDAI DAH MERAJUK & MENANGIS

Merajuk pun dah pandai sekarang...

Esya..esya.... Macam2 dah pandainya... Sekarang ni pandai dah merajuk and menangis kalau kena marah.. Menangis tu macam la mummy or daddy marah teruk or pukul.. Pandai dah 'berlakon' buat muka sedih sambil menangis.. Mummy tau esya saje je menangis mcm tu..buat muka sedih sebab sure mummy or daddy takkan marah esya lagi....

Antara aksi2 esya bila kena marah and aksi2 merajuk dia yg mencuit hati....Anak mummy ni saje je buat muka sedih mcm tu ek...



Time ni dah mula menangis.. nagis sambil tutup muka... (Tengok kat belakang tu..habis sepah main sepit kain)


"huuuuuu..mummy.....pujuk la esya..."


Mummy buat tak tau je.. Lagi kuat la nagis dia....

Alalalalala manja mummy sorang nie..... Kelakar pun ada bila tengok dia nagis mcm nie.....

18 October 2010

IT'S 11th MONTH

HAPPY BIRTHDAY 11TH MONTH MY CUTE ANGEL...

Hari ni Esya dah 11 bulan.. Begitu cepat masa berlalu... Tanpa ku sedari anakku makin membesar, bukan lagi baby kecik yg menangis dan br pandai memandang mummy & daddy dia.. Esya membesar menjadi budak yg comel, yang penuh dengan keletah yg menghiburkan hati mummy & daddy dia..(tapi ada gak yang membuatkan mummy hangin...hehehehehe)
Melihat esya membesar depan mata, memerhatikan setiap perkembangan esya yang semakin pandai dari sehari ke sehari membuatkan aku sedar, betapa besarnya pengorbanan mamaku kepada aku sewaktu kecil dulu... (Mamaku, Puan Rosni... I LOVE YOU SO MUCH and terima kasih atas segalanya.....). Esya lebih banyak meluangkan masa dia dengan mummy berbanding daddy.. Daddy dia skrg malam2 baru balik.. So most of the time, masa esya dengan mummy dia.. Sebab tu la MANJA SANGAT2 dengan mummy dia... Tak boleh la nak jauh dari mummy lama2.....
Dari 1 langkah ke 1 langkah Esya membesar.. Dari dia boleh meniarapkan badannya, mengenali mummy & daddy, merangkak, berdiri dan sekarang mampu berjalan 3 4 langkah dan seterusnya akan berlari..Sesungguhnya aku bangga dengan diriku sendiri.. Aku mampu untuk membesarkan anak aku.. Alhamdulillah aku masih lagi menyusukan esya sepenuhnya... Berkat dari susu aku juga, esya membesar menjadi budak yang bijak & cerdik... Cepat dalam perkembangannya... Semoga aku terus boleh menyusukan anakku hingga 2 tahun.. Mummy want the best for you my baby coz you're everything to me....
11 bulan... Esya sudah pandai berdiri sendiri dan berjalan ke arah mummy 3 4 langkah... Semakin pandai merajuk bila di marah.. Sometime dia boleh marah mummy dia balik..Amboiiiii.... Yang paling mummy suka bila esya senggih nampak 5 batang gigi dia tu.. Aduhaiiii comel sungguh anak mummy yang cubby pipinya nie.... Yang paling nampak ialah, esya sudah menunjukkan minat dia menjadi doktor... (Maklumla daddy dia nak esya jadi doktor) Hihihihi.... Kalau mummy buka pintu peti ais, benda yang 1st dia capai ialah UBAT.. Bukannye benda2 lain yang banyak dalam peti ais tu... Ubat mummy dalam handbag tu selalu jadi permainan dia.... Klu bawa g klinik, suka benar dia perhatikan doktor & main dengan telescope doktor tu... Insyallah, mudah-mudahan hasrat daddy pada esya akan tercapai...
Next month esya turning 1... Tak sabar menantikan esya yang membesar... Semoga anak mummy membesar menjadi anak yg bijak, mendengar kata, taat kepada keluarga & agama.. Insyallah..Aminn........

10 October 2010

MOTO GP 10.10.10

Its MOTO GP TIME....

This is 1st time esya g Sepang untuk tengok Moto GP... Last year esya 8 months dalam perut time mummy dia g tengok moto GP... So this year, mummy & daddy plan nak bawa esya, nak exposekan esya to dunia MOTOSPORT...hihihihi...supaya next year F1 boleh bawa esya... Esya kan fan Redbull.....

Time sampai SIC, cuaca tak la panas sangat... Tiada matahari... So far esya ok la time nie.....So ktorg jalan kaki g area Paddock.....
Esya yg memang xboleh nak pakai topi... Habis di tariknye.....
Esya, mummy, daddy, sista & cousin bakal Pak Ngah Esya....(hehehehe)
Mummy belikan esya headset untuk protect telinga esya..but end up dia bukak..Issshhhh budak nie......
Esya...senyum la sikit... Ni masam je muka.... Tarik muncung lak budak nie....

Ramai sangat yang tengok esya time esya posing atas moto nie....

My baby buat posing atas moto.....

BUT.... End up kitaorg semua balik awal... This year mmg ramai sangat orang.. Seat2 depan paddock pun FULL... Last year pun tak seramai nie... Esya dah start rimas time game 250 br start... Mayb dia rimas sgt kot coz ramai org and rimas coz mummy asyik pakaikan headset kat kepala dia..hihihi... Cian daddy tak dapat nak tgk game Moto GP... Last2 kitaorg tengok kat TV je..hihihihi.. Takpelah... New experience untuk Esya... Mummy & daddy dia nak bg esya lasak, jangan jadi lembik and duduk rumah je... There's lots of things you need to explore my baby....

NEXT YEAR ESYA KENA TRY PULAK TENGOK F1.....

We're Motorsport family....

01 October 2010

Cameron Highland


Esya holiday in Cameron Highlands...

Br nak upload cite pasal trip Esya to Cameron... This is first time esya g Cameron Highland..Ktorg g during raya... G ramai2 dengan Oyang, atuk, nenek, makngah, maksu, family Nenekcu, family Papatok Jak.. Ktorang duduk kat Berinchang.. Ktorang datang Cameron raya ke 4, tapi yang lain2 datang lagi awal, raya ke3..We all over
nite dulu kat kampung daddy esya... Sebabkan ktorang datang lambat, ktorang kn tinggal... Tak dapat nak bawa esya g petik stawberry.. Jeles je tgk drg tunjuk stawberry yang dorang petik...Huh!!!.. Takpela..lainkali mummy bawa esya g petik strawberry ye sayang...Sampai2 je chalet, kakak2 & abg boy dok bagi esya macam2... Dorang belikan esya beg strawberry, topi strawberry, sarung tangan strawbeery, tutup telinga strawberry..Macam2 la ada untuk
esya... Mesti dorang guna duit raya dorang belikan untuk esya nie....Thank you semua.. . We all spend one night je kat sana... Dapat la bawa esya g pasar malam kat sana... Esya suka sangat tgk belon2 stawberry yang banyak sangat jual kat sana..Dadd
y suruh mummy belikan untuk esya coz cian dia asyik tengok je belon tu.. Dalam belon stawberry tu ada loceng... Mummy pulak mmg takleh lepas makan jagung rebus... Jagung cameron memang sedap... Sampaikan dulu time pregnantkan esya, sanggup srh daddy bawa g cameron semata2 nak makan jagung...hihihihihi..

Antara picture yang sempat ditangkap untuk kenangan.. Susah kit nak tangkap gambar coz esya ni dah lasak...

On the way to cameron..Esya tak boleh nak duduk diam.. dah la jalan pusing2....



Antara aksi2 mengada aka gedix esya sementara menunggu yang lain2 sampai chalet...

Mummy bagi esya rasa makan waffle with ice cream..

Bagi ice cream lak rasa...

Cuba teka apa yang esya makan nie...???

Tengokla dia buat muka nie..hihihihi

Last2 dia kuarkan balik strawberry..MASAM!!!!




Ada hati tu nak pegang pokok kaktus....


Kitaorang lepak kedai mamak kat Tanah Rata malam tu untuk perkena teh....

Ermmmm nanti esya pilih apa yang esya nak makan ek...

Esya dah mula membuat aksi..Bukan boleh duduk diam lama kit..