18 October 2010

IT'S 11th MONTH

HAPPY BIRTHDAY 11TH MONTH MY CUTE ANGEL...

Hari ni Esya dah 11 bulan.. Begitu cepat masa berlalu... Tanpa ku sedari anakku makin membesar, bukan lagi baby kecik yg menangis dan br pandai memandang mummy & daddy dia.. Esya membesar menjadi budak yg comel, yang penuh dengan keletah yg menghiburkan hati mummy & daddy dia..(tapi ada gak yang membuatkan mummy hangin...hehehehehe)
Melihat esya membesar depan mata, memerhatikan setiap perkembangan esya yang semakin pandai dari sehari ke sehari membuatkan aku sedar, betapa besarnya pengorbanan mamaku kepada aku sewaktu kecil dulu... (Mamaku, Puan Rosni... I LOVE YOU SO MUCH and terima kasih atas segalanya.....). Esya lebih banyak meluangkan masa dia dengan mummy berbanding daddy.. Daddy dia skrg malam2 baru balik.. So most of the time, masa esya dengan mummy dia.. Sebab tu la MANJA SANGAT2 dengan mummy dia... Tak boleh la nak jauh dari mummy lama2.....
Dari 1 langkah ke 1 langkah Esya membesar.. Dari dia boleh meniarapkan badannya, mengenali mummy & daddy, merangkak, berdiri dan sekarang mampu berjalan 3 4 langkah dan seterusnya akan berlari..Sesungguhnya aku bangga dengan diriku sendiri.. Aku mampu untuk membesarkan anak aku.. Alhamdulillah aku masih lagi menyusukan esya sepenuhnya... Berkat dari susu aku juga, esya membesar menjadi budak yang bijak & cerdik... Cepat dalam perkembangannya... Semoga aku terus boleh menyusukan anakku hingga 2 tahun.. Mummy want the best for you my baby coz you're everything to me....
11 bulan... Esya sudah pandai berdiri sendiri dan berjalan ke arah mummy 3 4 langkah... Semakin pandai merajuk bila di marah.. Sometime dia boleh marah mummy dia balik..Amboiiiii.... Yang paling mummy suka bila esya senggih nampak 5 batang gigi dia tu.. Aduhaiiii comel sungguh anak mummy yang cubby pipinya nie.... Yang paling nampak ialah, esya sudah menunjukkan minat dia menjadi doktor... (Maklumla daddy dia nak esya jadi doktor) Hihihihi.... Kalau mummy buka pintu peti ais, benda yang 1st dia capai ialah UBAT.. Bukannye benda2 lain yang banyak dalam peti ais tu... Ubat mummy dalam handbag tu selalu jadi permainan dia.... Klu bawa g klinik, suka benar dia perhatikan doktor & main dengan telescope doktor tu... Insyallah, mudah-mudahan hasrat daddy pada esya akan tercapai...
Next month esya turning 1... Tak sabar menantikan esya yang membesar... Semoga anak mummy membesar menjadi anak yg bijak, mendengar kata, taat kepada keluarga & agama.. Insyallah..Aminn........

No comments:

Post a Comment