23 November 2010

MY LIL' PRINCESS IS ONE....

Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you.....
Happy Birthday to HANI ELEESYA DANIA....
Happy Birthday to you sayang........

My lil' baby finally turn ONE...

Terasa bagaikan baru semalam mummy melihat wajah esya kali pertama bila ditunjukkan oleh nurse... Terasa bagaikan baru je mummy mendakap esya buat kali pertama.. Anak mummy yang menangis malam2 bila dalam pantang.. Mummy ingat lagi..time baru lahir, anak mummy ni tembam sgt2..montel..sampai semua nurse kat wad geram dgn anak mummy punye pipi... Anak mummy jugak pandai melepaskan diri dari dibedung.. Budak tak nak bedung nie..... Tersenyum mummy meningatkan kenangan esya sewaktu baby... tapi hari ni anak mummy dah membesar... Teringat2 mummy kenangan mengandungkan esya.. walaupun penuh kepayahan tapi ianya pengalam yang sangat bermakna buat diri mummy.. Bagai terasa di perut esya menendang2 kuat perut mummy... Mulanya mummy n daddy ingat dapat baby boy..sekali dapat baby girl yang sangat2 comel.... Esya buat mummy mabuk teruk..sampai masuk hospital 3 kali... Anak mummy mmg buli mummy je...
Esyala permata hati mummy and daddy..esyalah nyawa mummy...setiap nafas mummy hanyalah untuk esya....

Sekarang ni esya dah makin bijak..Lagi2 sekarang dah dapat kaki... Bukan main lagi dia berjalan jelajah satu rumah... Dari depan sampai ke dapur..sampai masuk bilik makan... mummy risau tgk esya jalan.. tapi dia tak kisah pun jatuh terduduk..bangun balik..jalan lagi....

Tau kalau mummy n daddy cakap nak g jalan.. dia pandai nak pakai stokin and kasut sendiri...

Suka sangat bermain kat luar rumah.. especially anak2 jiran sebelah rumah dok panggil2 nama dia.... "hani baby..hani baby..." Terkedek2 la esya nak pergi dekat budak2 besar tu.... Esya suka bila ada budak2 around dia... dia nak berkawan....

Cepat sungguh masa berlalu.. tanpa mummy sedari sudah 1 tahun mummy menjadi mummy kepada esya.. Mummy sungguh bangga dengan diri mummy kerana mummy masih lagi BREASTFEED anak mummy sehingga sekarang..Tak pernah sekali pun mummy bagi esya susu formula.. kerana mummy mahukan yang terbaik untuk anak mummy... Sesungguhnya dengan azam yang kuat dan dorongan dari esya sendiri, mummy berjaya..Thank you Esya...
Esya juga banyak mengajar mummy erti kehidupan... mengajar mummy erti sabar dan tabah dalam membesarkan anak... Esya mengajar mummy agar lebih kuat mengharungi hidup... Supaya mummy kuat dan terus sihat demi untuk esya.. Mummy pasti..mummy akan terus kuat dan bertahan untuk anak mummy.. Everything mummy did, i did it just for you my dear...
To my beloved hubby... terima kasih kerana bersama-sama mummy dalam membesarkan anak kesyangan kita.. Tanpa b disisi, ayg tak mampu untuk meneruskannya....terima kasih atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan.. you the one that i love the most... Semoga kita akan terus bahagia hingga ke hembusan nafas terakhir kita..

Pesan mummy buat anak manja mummy..

Sayangku Hani Eleesya Dania..
Membesarlah menjadi seorang anak yang mendengar kata, taat pada perintah mummy & daddy..
Jadilah anak yang sentiasa menyayangi orang tua...
Membesarlah dengan bijak supaya esya dapat memenuhi impian daddy..

Mummy and daddy love you so much...

No comments:

Post a Comment