09 August 2010

MINGGU YANG MEMENATKAN

Last week minggu yang sungguh memenatkan buat mummy, daddy & esya... Hari isnin kami bertiga bertolak ke Kota Bharu, Kelantan kerana menziarah sepupu Esya (arwah Nali Natalia) yang terlibat dalam kemalangan jalanraya kat Jeli, Kelantan.. Kami bertolak pukul 2 petang dan tiba dia Kota Bharu pada pukul 9.45malam.. Perjalanan yang sungguh jauh..Sampai esya 4 kali tido & bangun tak sampai lagi.... Esoknya (selasa) tengahari kami pulang semula ke Kuala Lumpur.. Sekali lagi menempuh perjalanan yang jauh... Cian daddy penat drive jauh2... Sampai rumah pukul 11 malam setelah dinner.. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, esya berkelakuan baik.. takde menangis, meragam..just tido & main2 dalam kereta sepanjang perjalanan..Lega hati aku... Syukur sangat..
Tapi bila balik rumah time nak tido, esya menagis je..semua serba tak kena..dok merengek..menangis.. Macam2 mummy & daddy buat tapi esya nagis gak... Dah hampir kul 3 barulah esya boleh tido... Esoknya esya asyik dok merenggek2..mummy langsung tak boleh nak tinggalkan dia...Akhirnya mummy amik cuti utk spend time dengan esya... Mungkin esya dah rasa penat bila sampai rumah..perjalanan yg jauh & memenatkan membuatkan esya menangis..Klu ikutkan mmg rasa geram dia dok menangis, tapi aku tak boleh nak marah dia..bukan salah dia.. Aku tau dia penat..badan dia penat..hanya dengan menangis la dia boleh buat... Cian anak mummy sorang nie....
Jumaat, kami terpaksa ke Kuantan pulak.. Sepupu esya meninggal dunia dan akan dikebumikan di Kuantan.. Sekali lagi esya menempuh perjalanan yang jauh, tapi takla jauh sgt..3 jam perjalanan....Setelah semuanya selesai, esok harinya (sabtu) bertolak balik ke Jeram selangor pulak..Untuk bawa esya jumpa Oyang dia.. tapi kali nie..Esya tido hampir sepanjang perjalanan.. Start dari Gambang sampailah ke Jeram..itupun terpaksa dikejutkan....
Tapi sesungguhnya aku bangga dan bersyukur dengan esya..Sepanjang perjalanan dia tak meragam.. tau jaga diri.. Duduk diam2 dalam kereta... Walaupun perjalanan jauh dan memenatkan, tapi itu kami sekeluarga anggap sebagai amal jariah..menziarahi orang yang sakit & meninggal dunia..... Semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah Nali...Amen ya rabbalalamin......
Mummy proud to have you my little angel... Mummy love you so muchh.......

No comments:

Post a Comment