11 August 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Bulan ramadhan menjelma kembali... Alhamdullilah.. Bulan yang penuh keberkatan..
Pada mulanya aku agak risau memikirkan 'Mampu ke aku berpuasa walaupun aku menyusu..' Tapi aku tekad untuk cuba berpuasa memandangkan tahun lepas sewaktu mengandungkan esya, aku tak dapat berpuasa selama sebulan tu atas arahan dari doktor.. Tahun ni aku berazam untuk berpuasa selagi boleh.. Demi tuntutan agama dan tanpa mengabaikan anakku.. Insyallah, Allah akan mempermudahkan segala urusan aku....

Semoga aku dapat berpuasa dan menyusukan anakku pada masa yang sama...Amennn...

Artikel yang berguna untuk aku jadikan panduan :

Apabila ibu yang menyusu berpuasa memang akan berlaku sedikit perubahan di dalam pengeluaran susu. Biasanya, susu akan kekeringan pada penghujung hari menghampiri waktu berbuka. Maklumlah kita tidak mengambil sebarang makanan dan minuman sepanjang waktu berpuasa.

Walau bagaimanapun, untuk mengatasi keadaan ini, saya cadangkan beberapa petua:
1. Sepanjang waktu malam (iaitu ketika kita boleh makan dan minum) susukanlah bayi kita semaksimum yang mungkin. Ini dapat mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.
2. Minumlah lebih air di malam hari. Makan makanan yang berkhasiat serta amalkan sunnah nabi iaitu buah kurma. Kandungan khasiat di dalam buah kurma amat tinggi dan dapat membantu ibu menyusu.
3. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-kauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan rasa dahaga sepanjang waktu berpuasa.(kerana lazimnya ibu menyusu akan berasa dahaga selepas menyusukan bayi)
4. Jika perlu, ambillah vitamin dan makanan tambahan untuk sepanjang bulan puasa untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalani ibadah puasa serta meneruskan tanggungjawab sebagai ibu.
5. Seterusnya berdoalah agar kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk melakukan kedua-dua ibadah ini kerana susu ibu adalah rezeki yang dikurniakan Allah terhadap anak kita dan jika telah ditentukan rezeki untuknya, pasti ada jalan untuk rezeki itu sampai kepada bayi kita dengan apa cara sekalipun.


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua......

No comments:

Post a Comment