07 July 2010

~~'~@ HANI ELEESYA DANIA @~'~~



Daddy sedang mengazankan Eleesya

Hani Eleesya Dania selepas dilahirkan..She's so cubby

Eleesya suka bila tengok kamera

Nurse sedang menyusukan Esya

My baby buat muka cute bila oyang dia pegang

Blog ini aku buat khas untuk berkongsi pengalaman & menceritakan pengalaman hidupku dalam membesarkan anak kesayangan ku, Hani Eleesya Dania.. Dialah buah hatiku, pengarang jantungku, penghiburku disaat aku duka, gelak tawanya membahagiakan diriku..

Hani Eleesya Dania dilahirkan pada 19hb November 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 4.48 pagi. Montel sungguh dia..3.48kg.. Diala jiwaku..diala ragaku...

Pengalaman mengandungkan Esya meninggalkan kesan dalam diari hidupku.. Aku mengalami alahan yg sungguh teruk. Dari bulan pertama aku disahkan mengandung, sehinggalah kandungan masuk bulan ke 7, barula alahanku beransur2 hilang.. Sepanjang mengandungkan Esya, aku dimasukkan ke wad sebanyak 3 kali... Tapi kali ke 3 benar2 menakutkan seluruh keluargaku termasuklah my hubby.. Ketika tu kami sekeluarga di Uptaown Damansara utk makan malam..(My hubby nak belanja..)Semasa tunggu dinner sampai, aku separuh sedar.. Aku antara sedar dan tidak sewaktu dibawa keluar dari tempat makan untuk ke kereta.. Aku mcm berada di awangan2.. Benda terakhir yg aku ingat, aku di dalam kereta sambil mama & Abah cuba 'make me awake'... Tapi bila masa smp hospital..dia masa dikejarkan ke emergency wad..semua aku xsedar.. Bila aku sedar, aku dah dlm wad dgn penuh air drip di tangan... Dorang kata aku pengsan..hihihii...kelakar pun ada..takut lagi la ada.... Seram sungguh....

Aku di paksa bersalin bila kandunganku cukup 38 minggu.. Pada 18 November 2009 kul 8 pagi, aku ke PPUM.. Setelah dimasukkan ubat, aku cuma menunggu time kontraksi.. Sehinggalah pukul 6.30 ptg, barulah start sakit.. tapi masih boleh ditahan.. Lama kelamaan, sakit tu tidak ditahan lagi..Doktor menyuntik ubat tahan sakit.. Tapi tak lama lepas tu aku MUNTAH... habis semua apa yg aku makan muntah sehingga aku jadi lemah..ditambah pulak dgn sakit kontraksi... Aku mintak epidural.. tapi terpaksa tunggu doktor bius datang..Sementara nak tunggu, nadi baby makin lemah dan akhirnya doktor suruh aku proceed utk operation. Aku kata ok je la..sebabkan aku betul2 dah tak larat... Aku dikejarkan serta merta ke bilik pembedahan sambil di iringi oleh my hubby, my mama & my angah... Tepat kul 4.48 pagi, nurse kata aku dah dapat baby girl.. bila nurse tunjuk my baby... "SHE'S SO BEUTIFUL... SO CUTE..".. That's my baby HANI ELEEESYA DANIA......

No comments:

Post a Comment